Friday, November 14, 2014

Jelajah Brunei

Hari ini datang ke Brunei untuk meluaskan empayar perniagaan. Sebelum datang ada 2-3 yang ada buat temujanjanji nak jumpa, sedihnya bila sampai Brunei rezeki tidak menyebelahi saya kerana tidak seorang pon yang dapat jumpa saya kerana terikat dengan urusan masing. Sampai di Brunei jadi backpacker lah pulak , sini bus ada tapi jarang2 , teksi tak banyak dan tambang sangat mahal. Sekali naik tambang BND $25 (RM75) . Kalu tak silap dalam brunei ni teksi ada tak sampai 40 biji. Raakyat Brunei semua mempunyai kenderaan sendiri , minyak pon murah juga .

Memandang saya bawa produk untuk pasaran Brunie semua Kastam tahan kerana tiada kebenaran dan tiada surat import. Saya di arah ke Kementerian Kesihatan Brunei untuk mohon surat kebenaran. Untuk ke sana tiada bas yang ada hanya teksi  sehala RM75 lebih kurang 15km sahaja. Alhamdullillah ada hamba Allah yang sanggup tumpangkan saya ke sana dengan percuma. Setelah setelah selesai dengan Kementerian Kesihatan Brunei saya perlu balik ke Kastam di Airport. Dari sini tiada bas dan teksi...menapaklah balik airport. Selepas berjalan lebih kurang 2 km ada seorang pakcik berenti dan tumpangkan saya ke airport ....alhamdullillah pakcik tuh hantar hingga ke Airport dan dia tak mahu apa2 bayaran. Semoga Tuhan murahkan rezeki hamba Allah ini yang membantu saya di negara orang.

Setelah urusan dengan Kastam , barang tetap juga kena tahan sebab pihak Kementerian tak dapat keluarkan surat dalam tempoh segera, saya hanya masuk ke macam makan angin sajalah....untuk ke hotel saya memilih naik bas sahaja, dari airport ke hotel Tambang bas cuma $1 (RM2.50) tapi bas tu pusing banyak tempat dulu baru balik ke Bandar seri Bagawan. Peluang ini di guna untuk tengok kawasan kawasan sekitar Brunei. Tengok rumah besar besar jugak orang Brunei nih, setiap rumah kereta melebihi 2-3 biji . Perhentian bas terakhir kalau tak silap tak jauh dari Lambak Kanan, pemandu dan pembantu (orang asing) berenti makan.



Saya tengok di sekitar situ ada gerai jual "Nasi Katok' , saya pon belilah dan makan dalam bas (kosong tiada penumpang) sedap jugak nasik katok nih dan murah. Petang tuh ada orang bagi tau nasi katok memang popular di Brunei. Untuk pengetahuan di Brunei kebanyakkan penumpang bas hanyalah orang asing ,rakyat tempatan hampir semuanya mempunyai kenderaan sendiri.

Sampai di Bandar Seri Bagawan pemandu bas tadi arahkan naik bas bernombor 20 untuk ke hotel di Kuilap Plaza. Rasanya semuanya dipermudahkan hari ini, walaupun kali pertama menjejaki Brunei semua berjalan lancar hingga lah check in hotel.Sekitar Kuilap Plaza memang semua kemudahan ada, pasaraya, kedai makan pon banyak. Tapi jam 10 malam dah sunyi haha. Nasib baik ada satu cafe tuh buka sampai jam 12 tengah malam dapat lah layan sekopi kt situ.

Esok bangun pagi tunggu bas tuk ke Bandar Seri Bagawan (4KM) saja nak jalan jalan ke Bandar Seri Bagawan. Lagi pon semua temujanji dibatalkan kerana produk ditahan, jadi ubah aktiviti berjalan jalan hari tu.


Jadi untuk pelancong nak ronda-ronda Brunie kena lah sewa kereta sehari sekitar RM160.

No comments:

Post a Comment