Friday, November 14, 2014

Jelajah Motor Koh Samui, Thailand


Kami berenam bertolak ke Bukit Kayu Hitam Jam 9 pagi  sampai ptg di Border Bukit Kayu Hitam. Sementara nak border nak masing-masing uruskan hal masing2 seperti pertukaran wang , beli insuran motor Thailand.

Selepas Masuk border kami akan meneruskan perjalanan hingga ke Nakhon Si Thammarat (254 KM) setelah sesat beberapa kali akhir lebih kurang jam 11 malam baru kami sampai kat Hotel di Nakhon Si Thammarat. Malam dapat rehatkan badan dan keesokkan pagi jam 9 pg keluar cari sarapan dan terus ride ke arah Donsak ,Surathani.

Alhamdullillah ...sepanjang perjalanan  sejauh 124km berjalan lancar tapi cuaca sangat panas beb, memang berpinau mata , kebetulan hari ni guna helmet yang tiada visor gelap, bahang panas memang kuat kat Thailand nih, nasib baik Atan bagi pinjam spek mata hitamnya. Hari ini kiranya semua dipermudahkan , lepas membeli tiket feri 500 bath , tunggu dalam 30 minit feri dah sampai , orang pon tak ramai, beratur pon tak panjang. Sini ada masa masa nya beratur panjang dan kena tunggu lama baru dapat feri. Perjalanan feri ke Koh Samui mengambil masa 45 minit untuk ke Pulau Koh Samui.

Saya dengan Atan (sama2 Versys 1000)


Bro Shah Gtr dan Cikgu Din Rabbit

Bro Aazani BMW RT dan Bro Lan Turbo Ducati Multisrada
Tengah beratur untuk naik feri
huhu dah sampai ke Pulau Koh Samui ....bestnya , syukur alhamdullillah sampai juga kami ke Pulau yang selalu jadi sebutan ni. Kebetulan esoknya adalah 'Koh Samui Bike Week' jadi ramailah jugak jumpa bikers2 dari Malaysia. Apa pon gi check in hotel dulu (dah book awal melalui Agoda) .Selepas check in apa lagi .....aktiviti biasa di Thailand sewa motor skuter dulu.

Chaweng Beach tempat terbaik untuk menginap...dekat pantai dan semua kemudahan ada

Chaweng Chalet boleh parking depan reception jer. 


Aktiviti pertama setelah dapat skuter cari makan dulu......kebuluran dah nih. Makanan muslim di sini tak susah pon, banyak juga kedai makan islam sekitar sini. Depan Bangkok Hospital pon ada 2 gerai muslim , ada roti canai , nasi ayam dan ada lagi beberapa tempat di sekitar sini.

Konon2nya macam kat Bangkok lah nih hihihi
Hari ni kami layan sekitar Chaweng jer sampai malam join Bike Week, cari t.shirt bike week dan tengok motor motor ...perghhh aneh aneh dan pelik2. Macam macam motor ada , meriah dan jualan2 kat booth pon barang kualiti dan murah. Siang kawasan Bike Week kosong dan lengang. Bila Malam dah jadi pesta dah kat sini dengan bising bunyi motor lagi...


Copy paste FB Samui Bike Week 2014
Hari berikutnya kami ramai-ramai campur grop lain kami naik skuter pusing dan jelajah pulau Koh Samui nih. Besar jugak pulau dia , lebih besar dari pulau Pangkor. Aktiviti hari ni melawat pantai, masuk hutan dan berpeluang amik gambar dengan pak belang secara live....takut tapi ada orang jaga dan guide kita semasa bergambar. untuk amik gambar 300 bath ....boleh amik seberapa banyak yang kita suka.

Kalau nak datang sini min 3 hari 2 malam ok lah....hari pertama boleh pusing Kt Samui, naik gajah, tengok harimau, mandi air terjun, santai2 kt pantai Samui yang aman dan damai . Pada hari kedua boleh ke Island Hoping sampai petang. Apa pon memang best sangat datang sini. InshaAllah kami akan datang lagi...

No comments:

Post a Comment