Friday, November 14, 2014

Jelajah Turki

Bila menjejaki bumi Turki seolah olah kita berada di Eropah terutamanya di Istanbul. Pengalaman 7 hari di Turki sangat seronok dan terasa tidak puas. Jarak masa awal 6 jam menyebabkan jadual hidupku huru hara di Turki. Malam tak dapat tidur kerana di Turki jam 12 malam di Malaysia jam 6 ptg.....adoiiii..masa ni whatsapp ting tong ting tong, cam ner nak tidur.

Setiap Malam macam tuh jadual hidup ku di Turki ...kadang jam 5 pagi (Waktu Malaysia 10 malam) baru dapat tertido dan kekadang langsung tak tidur. Esok tidor dalam bas ketika perjalanan. Tuh terlelap sekejap sekejap sahaja. Permandangan di Turki banyak bukit bukau tanpa pokok. Setiap hari perjalanan dalam mengambil masa sehingga 10-12 jam untuk sampai ke distinasi.


Pada Hari pertama setelah mendarat ke Lapangan Terbang Istanbul (Artaturk Airport) kami naik ke Bursa. Dalam perjalanan ke Bursa  hujan agak lebat dan  untuk merentasi jalan lebih dekat kami dan bas naik feri merentasi Lautan Marmara. Sungguh indah permandangan di sini , burung burung berterbangan dengan cuaca agak sejuk (lebih kurang 11'c) .

Ketika kami di Bursa kami melawat sekitar Masjid-masjid bersejarah dan aktiviti Masjid masih berjalan seperti biasa. Setelah melawat masjid-masjid kami sempat berjalan jalan di sekitar Bazaar menjual pakaian dan cenderamata. Di Turki kita mengguna mata wang Turkey Lira, USD atau . Ok jugak lah barang2 dia tak mahal sangatlah.




No comments:

Post a Comment